Crafting, Sewing, Traveling, Anything,...

09 May, 2016

Wrislet with 6 card slots, 1 zipped pocket, 3 slots for banknotes.
Size : 5" X 8.5".
Material : English cotton (Outer), velvet(inner)
First time buat, tapi rasa puas hati juga. 
Cuma part to improve adalah zip utama kerana mengganggu keluar masuk card.
But overall ok.
So, pakai sendiri...
Bahagian tengah muat letak handphone, botol cream muka yg kecil molek, USB cable, kunci kereta, lip balm. 
Setiap card slot boleh isi 2 card.

5 order untuk disiapkan...tunjuk pada kawan-kawan & kakak-kakak...depa pun nak jugak...
Fuhhh...5 more to go... 





06 May, 2016

Love the color combination. Both body and cover using jeans material.Dalam pula tak pasti kain apa.
Tapi end result nampak cantik jugak. Tinggal lagi nak buat handle saje.



04 May, 2016

Dah lama nak try buat wrislet, tapi penyakit 'M' sangat bermaharajalela... pastu duk fikir pattern macamana nak buat... fikir punya fikir punya fikir at last terbiar macam tu je... ermmmm...

Tapi last week macam ada semangat baru nak menghabiskan saki baki kain yang bertimbun di rak...huhu

So, kita buat yang simple2 je dulu... janji jadi... later2 boleh improve... (^_^)

Saiz :- 8.5" x 5" ( Nampak macam besar. maybe kena kecikkan sikit)




Done!

27 November, 2015

Berjaya buat seluar panjang untuk anak bujang yang disayangi. 

Very simple design but i love it... 

Made of stretchy fabric.
Menggunakan hanya 1 mesin. 
Jahit tepi digantikan dengan jahitan zig zag. 
Mudah dan cepat...

My son also love it... 




Ok... Next!
(^_^)

04 October, 2015

First time buat Full Zipper Long Wallet. Workshop by Artchala Handmade on 3/10/2015. Sangat seronok bila dapat buat sendiri. Yeay...

Walaupun ada parts yang kurang kemas, tapi it's okay. Practice make perfect!!!

Thanks to Artchala for the workshop & knowledge sharing... 








30 August, 2015

Dah macam nak bersawang je blog ni. hihi...
Sejak akhir-akhir ni sibuk sikit dengan kerja hakiki. Minggu baru ni satu projek dah boleh kata 95% siap. So hati ada senang sikit. Yeay...

Jom try satu projek makeover t-shirt lama kepada baju baby/toddler. Dah lama saya plan nak buat ni. Memandangkan minggu ni dah rasa lapang sikit, maka siaplah satu romper anak saya yang diperbuat daripada t-shirt lama bapak sedara dia... (*_^)
Maksud saya baju yang dah tak dipakai lagi... Jangan amik sebarangan t-shirt tau. Nanti marah pulak tuan empunya. hihi...

Sebelum

Selepas

So, kalau ada t-shirt lama yang dah taknak dipakai lagi tetapi masih cantik, jangan buang. Try makeover... (*_^)

30 July, 2015

Pada tarikh ini, pada 2 bulan lepas, anak saya telah masuk usia 1 tahun... dengan erti kata lain hari ni genap umur dia 1 tahun 2 bulan. Cepatnya masa berlalu kan. Rasa macam baru je saya dan suami terkejut sebab tak sangka akhirnya saya mengandung. Tengah mamai2 bangun tidur pukul 3 pagi untuk check urine selepas 3 minggu tak datang bulan... Sebaik terlihat je urine test result, mata saya segar sesegar2nya... Betulkah apa yang aku lihat? Line merah ada dua. Jika sebelum ni saya sampai juling-juling mata setiap kali test urine sebab kalau boleh nak jugak nampak dua line. Tapi kali ni, berkedip-kedip mata saya melihat dua line dengan begitu jelas. Pada waktu tu, dalam fikiran saya tertanya-tanya : Betul ke ni? Apabila kejut suami, dia lihat urine test, dia senyum dan ucap Alhamdulillah... Esok pagi kami jumpa doktor untuk confirm samada mengandung atau tidak... dan keputusannya ...

Alhamdulillah... Allah S.W.T memberi saya dan suami nikmat menjadi ayah dan ibu. Amin...

Maka bermulalah episod baru dalam hidup kami...

Semoga pekertinya seindah namanya...

Menangis sebab kena paksa potong kek... hihi

Ermmm...Bukan main lagi anak mama nak bawak kereta... (^_^)

29 May, 2015

Saya belum pernah buat applique t-shirt ni lagi. Tapi macam menarik juga untuk dicuba. Kebetulan pergi ke Daiso Equine last week dan jumpa Pile Applique. Ada banyak gambar/corak. Tinggal iron dan jahit. Simple kan!

Ini adalah hasilnya!

Kalau nak buat corak sendiri pun boleh. Tapi of coz la akan amik masa... (^_^)
So, kita try yang mudah-mudah dulu...

*********

Bahan-bahan yang diperlukan hanyalah :-
1. Pile Applique (beli di Daiso - RM5.00 je plus 0.30 sen GST...hehe)
2. T-shirt (Kalau nak seluar atau beg atau apa-apa je pun boleh)
3. Iron (Untuk iron applique)
4. Mesin jahit (Untuk jahit keliling applique supaya ianya tak tertanggal jika dibasuh)

Pile Applique dari Daiso... 

Plain t-shirt

Cara-cara :-
1. Iron (Make sure tekan kuat-kuat so that applique akan betul-betul melekat. Baru senang nak jahit nanti) 
2. Jahit (Guna jahitan zig-zag - make sure jarak jahitan dikecilkan, supaya jahitan rapat dan lebih kemas) 
** Cara-cara(How to use & CAUTION) ada di bahagian belakang cover applique **
** What ever it is, ianya sangat senang. Takkan confuse punya... **

How to use

 Sila klik gambar untuk zoom jahitan

Sila klik gambar untuk zoom jahitan

Saya buat ni untuk birthday anak saya yang pertama pada hari esok (30 Mei 2015). Plan asal nak buat t-shirt untuk dia tapi tak berkesempatan nak buat. So, saya tukar plan beli t-shirt dan buat applique. At least something handmade by his mama.

:: Feeling Happy ::

28 May, 2015

Contact number ni saya dapat dari bahagian comment this one blog (lupa blog mana) ni. Since Jepun termasuk dalam waiting list kami, saya copy this contact number so that boleh jadi my reference in the future. Walaupun taktau lagi bila nak pi tu... (^_^)
Sape-sape nak amik pun silakan... Ada details website, contact person, fb page, dan email... so boleh try survey2 dulu...banyak sekali info nak melancong di Jepun dalam website tu...
_____________________________________________________________

Salam, kami adalah pelajar Malaysia yang menetap di Jepun. Kami menawarkan perkhidmatan Tour Guide, Penginapan Guest House dan juga Pakej Budget dengan harga yg murah. Misi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia melancong ke Jepun sambil dapat mempelajari budaya masyarakat Jepun.

Sila hubungi melalui :
Website : http://www.melancongkejepun.com/
Facebook : Melancong Ke Jepun
Phone : +818088695448 (Adib, Tokyo)
Email : melancongkejepun@gmail.com

23 May, 2015

Tote bag kecil ni sebenarnya projek terbengkalai saya. Dah berapa tahun lepas saya tinggalkan projek ni. Hanya tinggal nak jahit finishing sahaja. Tapi disebabkan penyakit 'M' yang sangat menebal jadi projek ni makan tahun baru siap... (^_^)

Pattern : No specific pattern.
Saiz : 8" x 7.5"
Jenis kain luar : Dah lama tak menjahit sampai lupa jenis kain ni ... (-_-)
*Ada interfacing untuk kain bahagian luar*
Jenis Kain Lining : Cotton
Handle : Leather (Lebar 1/2")

Untuk bag ini, memotong dan menjahitnya senang je. Potong straight je dan buat curve sikit di bucu bahagian bawah supaya tidak tajam. Then, jahit sekali dengan piping. So nampak lebih kemas. 

Alhamdulillah...siap jugak...