First Giveaway Talk

Saya berfikir nak buat giveaway for the first time. Before this merancang untuk buat my first giveaway on my birthday pada 9 Disember yang lepas tapi barangnya belum siap lagi. Saya tak dapat nak menjahit sebab keadaan mesin jahit saya hampir kritikal. Jarumnya bergerak perlahan walaupun dah tekan the foot control to the maximum.

So, saya baru hantar ke Epal last 2 weeks and you know what... motornya yang rosak. Rosak tu adalah disebabkan saya telah salah cara menggunakannya. Sepatutnya masa nak isi benang ke bobbin saya kena tarik the handwheel out tapi saya tak buat. Saya assume cara nak masukkan benang ke bobbin sama dengan mesin Singer saya yang lama. Rasa menyesal sangat tak baca manual betul-betul :-( .

Saya beli mesin tu dengan seseorang, dan dia sangat jarang menggunakan mesin tu. Masa saya beli mesin tu was like new. Macam tak disentuh langsung. Takde calar-balar. And dia dah remind saya untuk baca manual sebab dia tak boleh nak ajar cara guna sebab dia sendiri dah lama tak guna. Malangnya saya cuma baca sekali lalu je sebab saya assume semua mesin jahit sama je cara nak guna. I've learned from my mistake and everyone, please learn from my mistake too.

Motor dah ganti baru sebab motor dah tak boleh direpair lagi dan dah servis sekali. Mesin dah pun diambil pada minggu lepas and I already started my giveaway project. Things to give baru siap dua. Saya cadang nak bagi 3 benda. That means there is one more item to go. Once dah siap saya akan announce my first giveaway to all. InsyaALLAH. :-)

Inilah mesin jahit saya itu

Suri

3 comments:

  1. emmm tak pernah try mesin janome nii... kalau saya pun mesti anggap sama jer ngan masin singer or mesin2 lain

    ReplyDelete
  2. Tu la Kak Mila. Nak rasa menyesal pun perkara dah lepas. Belajar je la dari kesilapan. :)

    ReplyDelete