5 Tahun dan TTC(Trying To Conceive)

18 Syawal ni genap usia perkahwinan saya 5 tahun. Kalau ikut kalendar Masihi pula, adalah 18 Oktober. Cepat masa berlalu. Sedar tak sedar dah hampir 5 tahun perkahwinan saya. Dalam tempoh 5 tahun ni begitu banyak perkara yang dihadapi bersama. Saya bersyukur mempunyai suami yang sangat sabar menghadapi kerenah saya. Biasa la wanita, ada  masa ok, ada masa emosional, ada masa terlebih emosional... (^_^)

Dalam dua tahun awal perkahwinan, saya dan suami masih lagi dalam mood honeymoon mengenal diri masing-masing. Masih tak terasa keinginan yang tinggi untuk mendapatkan cahaya mata. Jika diberikan Allah kami terima, jika masih belum ada pun kami masih ok. Walaupun masa tu usia dah penghujung 20-an. Biasanya, awal-awal kahwin la kebanyakan pasangan excited nak dapat baby kan. Tapi kami lain sikit. Tapi pada masa yang sama, famili, kawan-kawan asyik bertanya "dah ada ke belum... (3x)". Kami senyum je dan jawab ringkas "belum... in syaa Allah". Masa ni bila ada yang bertanya pun takde apa-apa perasaan. Biasa-biasa je.

Bila masuk tahun ketiga, bila tengok kawan-kawan yang baru berkahwin dengan cepat dapat baby, bila tengok adik-beradik, ipar duai pun dah dapat baby lagi dan lagi, ofismate pula lepas sorang sorang asyik dapat baby, baru rasa ingin menimang cahaya mata itu hadir. Masa ni la mulanya bila ada je orang yang bertanya "Dah ada ke belum?", "Jangan lama-lama", "Si Polan tu dah mengandung dah... engkau ni...", "engkau ni bila lagi", "engkau takde anak takpe" sedikit demi sedikit sudah mula terasa. Bila dah selalu sangat kena berdesing juga telinga sekali sekala... So, sikit-sikit kami usaha ke arah tu. Tapi tak semua yang kita nak, boleh dapat pada masa yang kita nak. Allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita. Dan Dia bagi ujian sikit supaya kita sedar segala kejadian adalah datangnya dari Allah dan kepada Dia lah kita meminta dan berdoa.

Dalam tempoh berTTC ni, antara apa yang saya cuba adalah :

1. Berurut. Beberapa tempat juga berurut. Ada urut satu badan, dan ada yang hanya sentuh bahagian tertentu yang berkaitan dengan peranakan. Di Johor, di Melaka, di Selangor.

2. Jumpa ustaz/kiai jika ada gangguan. Kadang-kadang makhluk Allah yang satu lagi tu juga boleh menyebabkan kesukaran mengandung.

3. BBT - tak konsisten

4. Ambil pemakanan tambahan/vitamin. Dulu saya tak konsisten. Sejak awal 2013 saya ubah dan cuba untuk konsisten.

5. Check dengan doktor/gynea - Husband takde masalah. Cuma saya yang tak subur sebab hormon tak stabil. Hormon ape tak pula saya ingat. Saya mempunyai masalah dengan kitaran haid yang tidak teratur. Kitaran haid yang terlalu panjang pada waktu-waktu tertentu menyebabkan hormon tersebut rendah yakni meningkatkan ketidaksuburan dan menyukarkan peratusan kehamilan. (seingat saya macam tu la, betulkan jika saya salah). Tapi jangan risau, hormon boleh diperbetulkan dengan mengambil pemakanan yang seimbang/berkhasiat dan supplement tambahan. Cuma kita perlu konsisten. Saya ambil GLA Complex dari Shaklee untuk mengatasi masalah ini dan masalah PMS/senggugut yang saya alami bertahun-tahun.

6. Mencuba pelbagai petua.

Pada awal-awal TTC saya akui saya agak cepat putus asa, sensitif dan stress, tambahan jika ada kata-kata orang sekeliling yang bermacam-macam. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana orang tua saya dan mertua tidak pernah bercakap yang bukan-bukan berkenaan anak dengan kami suami isteri. Suami juga tidak pernah membuatkan saya stress bila berbicara berkenaan zuriat dan kami sangat enjoy masa-masa kami bersama. Sebaliknya, yang banyak memberikan tekanan adalah apabila berada dengan orang sekeliling. Tidak semua begitu tetapi segelintir.

Apa yang semua orang perlu tahu, wanita yang sukar untuk hamil sangat sensitif apabila membicarakan berkenaan zuriat terutama bagi yang sedang TTC. Sokongan dan dorongan orang sekeliling sangat perlu untuk memberikan semangat kepada mereka untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah. Tetapi kebanyakan dari kita, sukar untuk melakukan semua itu. Bahkan kita tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Yang paling tidak sepatutnya dilakukan, ada yang mempermainkan dan menjadikan mereka bahan gurauan.

Kini, saya masih lagi berTTC tetapi agak steady. Saya biarkan kata-kata yang tidak membina berlalu begitu sahaja dan kumpul kekuatan pada diri sendiri untuk terus berusaha dan berusaha. Apa yang sering saya katakan pada diri sendiri adalah "Allah lebih mengetahui masa yang sesuai untuk saya dan suami mempunyai zuriat. Dia memberikan ujian ini kepada saya kerana Dia tahu saya mampu untuk menghadapinya. Dan Dia mahu mendengar rintihan saya dan ingin saya lebih dekat dengan-Nya. Ujian yang diberikan kepada saya ini mungkin tidak seberat ujian yang diberikan kepada orang lain. Jika mereka boleh menghadapinya, kenapa tidak saya."

Apa yang penting, jangan menjauhkan diri dari Allah, teruskan usaha kerana setiap penyakit yang diturunkan Allah ada penawarnya, jangan berhenti berdoa seterusnya tingkatkan tawakal kepada Allah. Lambat atau cepat itu semua ketentuanNya. Kita selayaknya berusaha kerana Allah lebih mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita.

Kepada yang berTTC jagalah pemakanan dan makanlah makanan yang berkhasiat yang boleh meningkatkan peluang kehamilan. Apabila makan makanan yang berkhasiat, badan pun sihat. Setelah berTTC selama 3 tahun ini, saya perhatikan saya kurang menjaga pemakanan. Tidak menjaga waktu makan dan kurang mengambil makanan-makanan yang berkhasiat serta suka makan makanan ringan. Saya banyak membaca artikel berkenaan perkara ini, cuma mungkin kesedaran pada waktu itu tidak ada atau rendah. So, jalanilah cara hidup sihat dan mulakan cari supplement yang sesuai dan berkesan untuk diri sendiri. (^_^)

Sue

7 comments:

  1. Salam,
    Saya juga menghadapi masalah seperti puan, saya amat tertarik akan kesabaran puan dan suami.. Di sini ingin saya berkongsi pengalaman saya dan suami.. jika puan sudi mendengar..kami dikurniakan cahaya mata hanya selepas setahun berumah tangga..

    ReplyDelete
  2. Walaupun setelah setahun berumah tangga, suami saya alhamdulillah seperti suami puan tidak pernah membuatkan saya rasa tertekan akan keadaan pada masa itu.. Adik saya yang mendirikan rumah tangga setahun selepas kami telah disahkan mengandung selepas beberapa bulan. Ayah mula risau akan keadaan kami... dan telah berjumpa dengan Gynae (Dr Wong Wai Ping, Bangsar Pantai Medical Center)... - saya kongsikan dengan puan.. Ibu saya sendiri juga telah mendapatkan rawatan dengan doktor ini, setelah berkahwin ayah dan ibu dikurniakan 2 cahaya mata (saya dan adik saya) kemudian selama lebih 8 tahun mencuba, pelbagai method dan setelah berjumpa dengan doktor ini dikurniakan 3 lagi adik, menjadikan kami 5 adik beradik - bukanlah disini saya katakan bahawa saya dikurniakan adik kerana doktor ini ttp adalah cara perubatannya itu)
    Saya telah mendapatkan rawatan drp doktor ini sejak baru berkahwin lg kerana seperti puan juga.. saya juga menghadapi masalah hormon, period tak regular, berbadan besar... dan sememangnya ramai ahli keluarga kami yang agak sukar utk 'conceive'..

    Antara option perubatan yang diberi:-
    1) Pengambilan ubat hormon/ pil perancang dengan mengikut kaedah yang diberi - namun begitu bagi sy yg selalu lupa kaedah ini tidak sesuai
    2) Pengambilan pil glucophage bagi mengawal berat badan dan hormon - juga tidak bersesuaian dengan saya kerana seperti di atas tidak konsisten dan asyik lupa

    Setiap treatment di atas mengambil masa lebih kurang 3-4 bulan kerana kondisi saya.. ayah mendapatkan nasihat doktor lagi...
    dan bagi treatment nya yang ketiga ini adalah minor surgery - leporoscopy bagi menstabilkan hormon saya.. semua agak risau kerana inilah pertama kali saya akan menjalani pembedahan... ramai yg menasihatkan agar tidak menjalani pembedahan kerana byk lagi cara diluar sana... ttp ayah berkeras.. suami yg pada mulanya risau turut menurut apa yang ayah katakan setelah yakin kepada pengalaman doktor... procedure ini mengambil masa kurang daripada 1 jam... kosnya juga tidaklah terlalu mahal... alhamdulillah setelah 4 bulan procedure saya disahkan hamil... dan inilah detik2 permulaan yang paling bahagia buat kami berdua.. setelah dua tahun procedure.. saya telah dikurniakan 3 org puteri.. dan tidak mempunyai masalah seperti period pain, irregular period dll.. sy bukan membuat promosi ttp sekadar berkongsi pengalaman.. doktor ini juga sudah agak tua, ramai yg telah saya nasihatkan agar sekiranya berminat cepat2 laa.. buat puan dan suami saya doakan agar dikurniakan cahaya mata... dan janganlah berputus asa..

    ReplyDelete
  3. p/s: maaf sekiranya boleh saya juga menasihatkan agar puan tidak mengambil ubat-ubatan herba dan berurut - terutama sekali sekiranya puan pergi ke pelbagai tempat..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian puan. Saya pernah menjalani prosedur perubatan moden untuk beberapa bulan (cuma belum sampai ke tahap pembedahan) tetapi masih lagi belum rezeki saya. Memandangkan telah lebih 3 kali mencuba saya ingin berehat dan mencuba kaedah natural sahaja. Tambahan, kebanyakan masalah hormon tidak stabil boleh diubati dengan cara yang lebih selamat, maka saya memilih cara itu. Setelah banyak melakukan pembacaan & berfikir, cara pemakanan saya yang tidak seimbang & tidak dijaga mungkin punca kepada masalah saya. Ia membuatkan saya belajar sesuatu. Dan mudah-mudahan saya memperoleh manfaat daripadanya. Selebihnya saya serahkan kepada Allah.

    ReplyDelete
  5. :) Insya-Allah..

    ReplyDelete
  6. I have been trying for a baby for the last 5 years now and we have had no luck.I don't have a regular cycle so it is hard for me to tell when i am ovulating or not, but we always have sex at least 2 times a week, sometimes more. I know it can take up to a year to conceive but everyone i know who have had a baby have conceived within 2-3 months of trying, we had a fertility test about a year ago and my womb were fine. I'm thinking it could be a problem with me but I've never had any symptoms of any problems. My partner does smoke and have the occasional drink, and i used to smoke and also have the occasional drink. i know i am slightly overweight but that shouldn't affect our chances too much,one faithful day my friend told me to contact a spell caster that help her aunt ,then i contact the man on this email: fiokporspiritualtemple@gmail.com, after few weeks the doctor confirm that i am pregnant thank you DR Fiokpor for helping us get a baby.

    ReplyDelete
  7. UPT tester murah(rm1.00) dan OPK tester murah(rm1.20/pc), boleh pm atau layari blog saya kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/
    (cara penggunaan pun diberi sekali), produk sy ini menguji adakah anda hamil-(upt) dan mengetahui masa subur anda dalam usaha mendapat zuriat(opk) secara amnya,
    SMS/WASSUP 0148004302

    ReplyDelete