Bagi Mereka Yang Ingin Hamil

source:http://journeytoconceive.com
Bagi mereka yg masih berusaha mendapat zuriat yang baik, ada beberapa nasihat dari Dr Hamid Arshat (Pakar Sakit Puan) :

1. Jangan putus asa dan terus berdoa kepada Allah dan berusaha mendapatkan rawatan.


2. Turunkan berat dan kawal disekitar 60 kg.


3. Kurangkan gula dan karbohidrat dalam minuman dan makanan.


4. Minum teh hijau dan fresh juice. Jauhkan fizzy/soft drink dan juice dalam botol atau kotak. Minum air kelapa atau buat juice buah-buahan.


5. Makan lebih sayur-sayuran hijau, ulam-ulaman, sup sayur, salad, pecal atau rojak.


6. Makan lebih buah-buahan . Mulakan setiap sajian makanan dengan buah-buahan, diikuti sayur-sayuran.


7. Kurangkan nasi , masak lauk - daging , ayam dan ikan yg fresh/segar. Gunakan lebih kunyit, halia, serai dan bawang dalam masakan.


8. Jauhkan fast dan junk foods dan makanan-makanan yg diperoses yg mengandungi pengawet, perisa dan pemanis.


9. Rehat dan relaks. Ambil cuti bila isteri subur. Bolih kesan kesuburan dengan ujian ovulation.


10. Lakukan exercise dgn berjalan kaki, jogging, tredmill atau berenang 30 minit setiap hari.


11. Supplement - multivitamins, folic, vitamin E dan C, logam-logam zinc dan selenium. Fish oil, habbatus sauda.


12. Berbagai-bagai kaedah rawatan menambah peluang hamil - xray HSG, hydrotubation , D&C, Laparoscopy, IUI, IVF ICSI dan lain2.


13. Setiap pasangan kelamin perlu bersungguh2 dan disiplin untuk mematuhi garis panduan.


source : fb Dr Hamid Arshat

Perkataannya ada yang saya betulkan dari segi ejaan dan sebagainya. 
Jom kita amalkan... (*_*)

Sue

No comments:

Post a Comment