Mengimbau Kenangan

Teringat masa mula-mula saya set up blog ni dulu. Tujuan asalnya nak share hobi & hasil jahitan saya. Tapi sambil-sambil tu saya masukkan juga pasal masak, travel dll walaupun sekadar 1@2 entry je. Walau apa pun yang saya share kat sini yang penting ada pembaca yang sudi membaca dan ianya berguna untuk orang lain.

Dalam banyak-banyak entry(takde la banyak sangat ^_^), ada satu entry yang paling 'hot'. Saya rasa almost visitors blog saya datang untuk baca entry tu. Kalau takde entry tu, mungkin blog saya tak ramai pengunjung kot. Dari blog untuk sharing sewing & crafting, dah jadi blog travel walaupun saya hanya share 1 je destinasi travel saya. Cuma, bila dah jarang buka blog sendiri, bila ada visitors tinggalkan komen, ambil masa la dia nak dapat jawapan tu. Sorry for any delay in my reply...

Hampir setahun saya mendiamkan diri with no posting, tapi rupa-rupanya blog saya masih dikunjungi setiap hari. Baru-baru ni saya tengok statistik blog saya, almost everyday ada visitors. Terima kasih pada yang masih mengunjungi blog saya walaupun blog ni dah banyak sawang di sana sini.

Sepanjang setahun yang lepas, saya tak berapa banyak aktiviti jahitan. Ada tu ada, tapi cuma buat baju dan tudung je. Macam takde mood nak buat beg dan lain-lain. And also takde mood nak update di blog. Masuk awal tahun 2013, saya dan hubby banyak merancang percutian. Maklum la kami masih berdua, so lebih senang ke mana-mana. Plus, nak menenangkan fikiran, melihat tempat/budaya orang,  menikmati keindahan alam ciptaanNya dan tak ketinggalan shopping sikit-sikit (serius sikit cuma di Ho Chi Minh je shopping tak ingat). Masuk tahun 2013 juga saya agak busy sikit dengan kerja sebab PRU13 hanya pada bila-bila masa sahaja waktu tu. Bila bekerja dalam bahagian Operation, memang kena bersedia at any time. Walaupun begitu, cuti tetap cuti. (^_^).

Berikut adalah destinasi percutian saya bagi tahun 2013. Tinggal lagi 2 destinasi. Mungkin ada tambah bergantung pada kedudukan masa dan kewangan... (^-^)

1. Semporna/Mabul (Jan)
2. Medan (Feb)
3. Ho Chi Minh (Apr)
4. Miri/Brunei (Apr) - Postpone to Jul
    Cancel trip sebab anak saudara sakit & meninggal pada tarikh tersebut.
5. Singapore(Mei)
6. Pulau Perhentian (Mei/Jun)
7. Kuching (Jun/Jul)
8. Miri/Brunei (Jul)
9. Phnom Penh (Okt)
10. Guilin (Nov)

Also planning to share my activities/photos yang tak seberapa during all those trip. Maybe will take a little time. But In syaa Allah...

So, hari ni dah hari Sabtu, have a nice weekend, selamat menghadiri rumah terbuka & berhati-hati dalam perjalanan anda...

Sue

1 comment:

  1. salam kak suriana.. wahh kakak ni best dan pandai, nak belajar lah kak macam mana posting kakak ni di minati oleh ramai orang... boleh bagi citenya kat bari kak.. terima kasih sebelumnya.

    wassalam

    ReplyDelete