GLA Complex - Sambungan...

Sambungan daripada entry yang lepas...

Saya ambil GLA Complex bermula pada bulan Jan 2013. Untuk masalah seperti saya, GLA Complex perlu diambil setiap hari. Saya biasa ambil sebelum tidur. Untuk 3 bulan pertama banyak spotting diikuti flow biasa. 1 bulan berikutnya spotting sahaja manakala 3 bulan berikutnya period seperti biasa dan cycle sudah mula stabil. PMS saya berkurangan bermula dari bulan pertama pengambilan. Cuma ada masa-masa rasa mild... itu lebih baik dari period pain yang menyakitkkan.

Kalau nak diikutkan perangai saya sebelum ini yang tak sanggup nak tunggu lama, paling lama 3 bulan saja saya akan guna sesuatu produk. Tapi, kali ni saya azam untuk istiqamah sehingga saya dapat apa yang saya inginkan. Tambahan, saya dah malas nak tukar-tukar produk lain memandangkan saya dah selesa dengan Shaklee. Pengambilan mudah cuma kita perlu belajar sedikit ilmu nutrisi. Itu lebih baik kerana ia amat membantu kita mendapatkan makanan yang seimbang dan diet yang betul dalam pengambilan makanan seharian.

Jika sebelum ni, saya tak ambil kisah pemakanan yang saya ambil. Tapi sekarang, sikit-sikit saya mula belajar dan memahami ilmu nutrisi. Disebabkan gaya hidup sekarang yang serba pantas dan moden, kadang-kadang kita tak ambil kisah pemakanan kita sebab semua nak yang segera je. Padahal, makanan yang diambil amat mempengaruhi tubuh badan. Badan yang sihat membantu kita menjalani kehidupan seharian dengan baik disamping dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Itu yang pentingkan.

Nabi Muhammad S.A.W juga ada mengatakan dalam hadisnya, bahawa perut adalah punca penyakit. Kenapa Nabi Muhammad S.A.W mengatakan demikian? Kerana perut merupakan tempat letaknya makanan yang kita makan. Ini menunjukkan pengambilan makanan yang baik dan semestinya halal untuk kesihatan adalah penting.

Setiap penyakit yang Allah S.W.T turunkan pasti ada ubatnya kecuali mati. Teruskan mencari penawar, in syaa Allah akan berjumpa.

Sesiapa yang ingin cuba GLA Complex, boleh email saya. Sharing is caring. (^_^)

Sue

No comments:

Post a Comment