Tutorial - Twin Needle

Dah lama saya tak share tentang dunia jahitan. Baru-baru ni saya ada buat mermaid skirt dan gunakan twin needle untuk finishing

Siapa yang belum pernah jumpa twin needle, gambar di bawah adalah twin needle. Twin needle digunakan pada mesin jahit biasa saja seperti mana single needle. Biasanya, saya gunakan twin needle untuk jahit bahagian hujung tudung, baju & kain yang diperbuat daripada jenis stretch fabric @ lycra fabric. Ia merupakan alternatif kepada jahitan jenis coverstitch. 
Twin Needle (2mm, 4mm & 6mm)
Apa pula coverstitch? Senang cerita, coverstitch adalah jahitan yang biasa digunakan untuk hujung lengan baju t-shirt anda. Masih kurang pasti? Gambar di bawah adalah contoh jahitan coverstitch.
Coverstitch
Sebelum nak guna twin needle, pastikan bahagian tapak mesin jahit anda mempunyai lubang yang lebar seperti dibawah. Baru boleh guna twin needle.
Nampak tak lubang yang ditengah-tengah?
Pastikan lubang tapak mesin jahit anda juga begini. 
Seterusnya ikuti langkah-langkah dibawah :

1. Sediakan barang-barang yang cukup. Pastikan ada 2 gulung benang, sekoci benang, 1 twin needle.

2. Masukkan 2 gulung benang seperti yang biasa kita buat ketika menggunakan single needle. Cuma kali ini, tambah lagi 1 benang. Kalau kurang jelas boleh lihat gambar dibawah. Siapa yang menggunakan mesin jahit Janome, rasanya tiada masalah nak guna 2 benang sebab besi yang kedua untuk letak benang memang telah sedia ada. Mesin-mesin lain saya kurang pasti.
Cara meletakkan benang
3. Masukkan twin needle ke tempat jarum dan masukkan benang ke lubang jarum seperti biasa. Sekoci pun masukkan seperti biasa ye. Boleh tengok gambarajah di bawah.
Nampak tak ada 3 benang hitam diatas?
4. Bila keadaan jarum dan benang anda seperti di atas, bermakna anda dah boleh meneruskan jahitan. Cara jahitan pun tiada beza dengan single needle. Sama je.
Dan jahit...
Setelah selesai, jahitan akan menjadi seperti dibawah. Ermm... macam coverstitch tak?
Kalau tengok gambar dibawah, nampak macam menggelembung sedikit kan. Tapi takde masalah, lepas dah digosok dengan seterika ia akan nampak cantik. Pastikan gosok dibahagian bawahnya ye...
Jahitan bahagian atas
Jahitan sebelah bawah
Selamat mencuba!!!

Sue

No comments:

Post a Comment