Almost 5 months...Alhamdulillah...

Ermm...lamanya tak berblogging. Tapi bukan saja-saja...ianya bersebab... (*_*)

Saya kini hamil hampir 5 bulan. Alhamdulillah... Allah S.W.T memberi peluang kepada saya untuk merasai nikmat menjadi ibu mengandung setelah 5 tahun berkahwin. Perasaan yang tak terungkap dengan kata-kata. Terlalu gembira...kedua-dua suami dan saya mensyukuri nikmat Allah yang satu ini. Begitu juga dengan orang lain yang kami kongsikan berita ni. Masing-masing yang mendengar macam teruja...mereka melahirkan perasaan gembira, mendoakan dan berpesan macam-macam kepada saya dan suami...Sehingga saya terfikir, rupanya berita gembira ini bukan sahaja dinanti oleh saya dan suami, malahan mereka-mereka yang mengenali kami juga...

Saat mendengar berita gembira ini, usia perkahwinan kami baru saja masuk tahun yang ke 5. Semacam Allah menghadiahkan hadiah perkahwinan untuk kami berdua...Syukur padaMu Ya Allah...

Untuk 4 bulan pertama, saya mengalami alahan yang agak teruk. Tak berselera nak makan dan kerap muntah-muntah. Badan juga tidak berapa kuat. 2 kali saya warded dalam tempoh 4 bulan ini. Boleh kata melepek jugaklah... Jadi, kebanyakan kerja-kerja rumah, suami saya yang uruskan...Alhamdulillah, suami saya banyak membantu.

2 trip (1 ke Aceh, 1 ke Guilin) kami batalkan sebab tak mahu menghadapi risiko. Dari mula tahu hamil sampai sekarang pun, kami belum balik ke kampung halaman kedua-dua pihak sebab ibu mertua saya tak benarkan berjalan jauh. Ye lah, bukan senang nak dapatkan. Tambahan, badan saya pun tak berapa kuat. InsyaAllah jika baby dah selamat melihat dunia nanti kami continue balik aktiviti ni... (^_^)

Sekarang, keadaan saya telah semakin baik. Alahan semakin kurang. Makan pun sudah berselera. Baby pun mula aktif. So, dah boleh bergerak jauh sikit...Balik kampung dan jalan jauh-jauh sikit... (^_*)

Saya kongsikan gambar scan baby saya pada usianya 19w2d...Alhamdulillah setakat ni, kandungan saya tiada masalah...Mohon doakan saya dan baby saya selamat hingga dia dilahirkan...And tq all for taking your time reading my little story...('...')

19w2d




Sue

1 comment:

  1. Tahniah! Saya pun hampir 5 thn berkahwin tapi belum dikurniakan anak lagi...
    Mudahan segala usaha puan menjadi pemangkin semangat untuk saya berusaha..

    ReplyDelete