Comeback...

Pejam celik pejam celik anak saya dah nak masuk 9 bulan. Sesungguhnya jadi ibu ni satu nikmat yang tak terhingga yang Allah S.W.T berikan kepada wanita. Buktinya, blog ni dah penuh dengan sawang-sawang kerana ditinggalkan hampir 6 bulan. (^_^)

But since sebulan dua ni, anak saya dah start jadi tentera Al-Qassam and dah pandai main sendiri, mama dia dah punya masa untuk buat comeback. Saya nak hidupkan semula blog ni and I think I have a lot of things to share here...cuma kena tengok-tengok juga si kenit tu sebab dah pandai mencapai... but so far, masih terkawal...hihi

Dikesempatan ni, saya minta maaf kepada mereka-mereka yang meminta contact number Padang/Bukit Tinggi melalui blog atau email saya sebab saya tak ter'reply'. Terlalu banyak. Memandangkan saya dah buat entry berkenaan contact number yang tuan/puan perlukan, saya sharekan sekali lagi kat sini. Sebenarnya entry ni saya dah buat tahun 2013 lagi dan saya dah letak link di sebelah kanan blog saya untuk memudahkan dan mempercepatkan tuan/puan mendapatkan contact number tu. Sebab kalau nak email saya dan tunggu saya reply mungkin tuan/puan dah selamat sampai Malaysia pun saya tak reply lagi. Maklumlah, sejak ada anak ni, melayan anak lagi seronok dari berinternet/berblogging... even blog ni pun saya jarang-jarang sangat buka. Lagi satu, info yang akan saya bagi sebenarnya sama je dengan apa yang saya share dalam entry tersebut. (*_^)...

Harap maklum juga ye yang saya bukan tourist guide di Padang/Bukit Tinggi. Sebab ada juga yang minta saya beri sebut harga bagi perkhidmatan tour kat sana. (^_^)

And saya sangat galakkan tuan/puan ambil contact number syarikat tour yang sering reply di bahagian komen blog saya ni. Boleh survey harga mana yang lebih berpatutan dan berbaloi. Tak semestinya yang saya share tu lebih murah. Mungkin rezeki tuan/puan lebih baik dari saya. Lagipun, mereka memang fast reply. Yang penting tuan/puan boleh melancong dengan menggunakan kos yang minimum tapi puas hati. Betul tak?..

http://suritera.blogspot.com/2013/06/contact-number-padangbukit-tinggi.html





Sue

No comments:

Post a Comment