Little Pakistan

Ahad lepas saya dan husband ke Nilai 3 untuk beli karpet. Dah lama tak ke Nilai 3 ni. Masuk je ke kawasan Nilai 3, rasa macam ke Pakistan pulak. Yang jual karpet, tudung (siap kenal tudung neelofa lagi), barang-barang perabot jati hatta pinggan mangkuk pun peniaga Pakistan. Rasa macam 90% yang berniaga adalah orang Pakistan. Kadang terfikir jugak, sepatutnya mereka orang asing datang ke negara kita membeli dengan rakyat tempatan, tapi ni dah terbalik. (-_-) Macamana boleh jadi macam ni, Wallahualam...

Dalam berfikir-fikir macam tu, beli jugak lah 2 karpet untuk rumah. Karpet yang lama dah 5 tahun lebih pakai. Tawar menawar disettlekan oleh husband. Dia memang pakar bab ni. Alhamdulillah puas hati jugak lah dengan harga yang kami dapat.

Sue

No comments:

Post a Comment