Usaha Kami Sebelum Disahkan Mengandung


Kali ni saya nak share 3 usaha yang saya lakukan sebelum saya disahkan mengandung. Kepada yang belum pernah membaca history saya di blog ini, saya disahkan mengandung setelah 5 tahun berkahwin. Tak ramai yang tahu apa yang saya lakukan untuk memperolehi cahaya mata. Ianya menjadi rahsia saya dan suami sebab kami agak segan nak bercerita berkenaan perkara ni.

Walau bagaimanapun, now I decided to share a bit of it, so that it can help pasangan-pasangan out there yang masih mencuba untuk mendapatkan zuriat. Apa yang saya belajar dari situasi kami ini, in what ever we do, the most important thing is jangan pernah berhenti berusaha. Berdoa and tawakallah. Dan yakinlah Allah itu Maha Pemberi.

Kembali kepada usaha-usaha yang kami lakukan untuk mendapatkan cahaya mata, 3 perkara terakhir yang kami buat adalah :

1. Amalkan supplement iaitu set kesuburan Shaklee. Kedua-dua saya dan suami.
2. Berurut (saya)
3. Perubatan Alternatif

Untuk makluman, saya mengalami senggugut yang agak teruk setiap kali datang bulan dan mengalami masalah hormon tidak stabil (hasil checkup di klinik kesuburan lppkn) dan juga period cycle yang tidak menentu. Sekejap 28 hari, 30 hari, 40 hari, 47 hari pun ada. Lain-lain masalah tiada. Suami juga tiada masalah.

1. Amalkan supplement iaitu set kesuburan Shaklee 

Produk Shaklee yang kami ambil adalah :-
  • GLA Complex 
  • Meal Shakes
  • ESP
  • Vita-Lea
  • B-Complex (saya dan suami)
  • Vita-C Plus (saya dan suami)
  • Vita-E Complex (saya dan suami)
  • Zinc (suami)
GLA Complex
Membantu seimbangkan hormon dan melancarkan kitaran haid, melegakan simptom PMS dan meningkatkan kesuburan.

Vita-Lea /Mealshakes /B-Complex /Vita-C Plus /Vita-E Complex /ESP (Energizing Soy Protein)
Membantu membekalkan nutrien penting untuk persediaan mengandung. Seperti contoh B-Complex yang mengandungi acid folic yang sangat penting bagi pembentukan janin. Ia sangat digalakkan untuk diambil jika kita merancang untuk hamil.

Produk Shaklee yang mula-mula saya try adalah GLA Complex kerana saya mengalami period pain dan period cycle yang tidak teratur. Alhamdulillah setelah amalkan 4 bulan lebih period pain saya berkurangan dan period cycle juga menjadi tetap. Plus minus 1@2 hari tidak menjadi masalah.

Selepas masalah period selesai, saya ambil set kesuburan pula. Lebih kurang 5 bulan amalkan set kesuburan saya disahkan pregnant. Walaubagaimanapun, GLA Complex masih saya amalkan sebab jika sudah bersedia untuk mendapatkan baby, cara makan GLA Complex ni lain. Tak sama dengan waktu kita nak betulkan period. Tambahan lagi, ia membantu untuk sperma hidup lebih lama di dalam rahim.

2. Berurut 
Berurut dengan seorang makcik di Taman Rinting, Johor Bahru. Orang panggil makcik ni Mak Aji. Berurut dengan dia memang rasa selesa sebab bila kita kata datang untuk masalah zuriat, dia hanya urut bahagian-bahagian @ urat-urat yang berkaitan dengan peranakan sahaja. Cara dia urut juga sangat berhati-hati. Dan saya dibekalkan dengan obimin dan ada satu lagi ubat (saya tak ingat nama ape). Saya urut dengan dia 2 kali (2 bulan berturut) sebelum disahkan mengandung.

3. Perubatan Alternatif
Saya berubat dengan seorang Imam Masjid di Parit Separap, Batu Pahat. Masa mengubat saya, beliau maklumkan yang saya ada saka yang saya perolehi dari nenek sebelah bapa. Sebenarnya saya tak pernah berjumpa pun dengan nenek sebelah bapa sebab saat saya lahir dia dah meninggal. Jadi, tertanya-tanya juga macamana benda tu boleh berada dengan saya. Walau bagaimanapun, tiada yang mustahil, kita taktau perjanjian benda ni dengan keturunan kita awal-awal dulu. Sebenarnya saya dah berubat untuk check keberadaan benda ni pada saya atau suami. Kebanyakannya kata ada benda yang menempel pada saya dan mereka pun buangkan. Cuma tak dimaklumkan pada saya apa benda tu dan macamana saya boleh dapat. Sebab tak semua pengamal perubatan ni nak kongsi secara detail. Berbalik kepada cerita berubat dengan imam tadi, setelah buang saka tu, rupanya ada benda lain juga menepek pada saya. So, kira dua kali buanglah (dua hari berturut). The next month tu saya disahkan mengandung.

Masa berubat tu, imam tu dah maklumkan awal-awal pada kami, yang tak semua saka ini boleh dibuang dengan mudah (sekali buang sahaja). Mungkin ada yang dah beranak pinak atau mungkin ada benda yang lain pula menepek pada kita sebab jalannya sudah ada terbuka. Ada orang yang menjalani proses buang saka ini sebanyak 21 kali (kebetulan isterinya ada datang pada waktu saya berubat). Takut juga dengarkan. Jenuh juga nak berulang alik 21 kali tu. 

_________________________________________________

Inilah 3 perkara yang kami usahakan sebelum saya disahkan mengandung. Saya amat bersyukur Allah menemukan saya dengan ketiga-tiganya. One day, saya akan ceritakan sedikit detail berkenaan ketiga-tiga usaha saya ini. InsyaAllah.

Pada pasangan yang masih mencuba untuk mendapatkan cahaya mata, saya doakan usaha kalian berjaya. Mungkin juga boleh cuba apa yang saya usahakan ini. Yang saya suka apabila saya amalkan produk Shaklee ni, disamping untuk kesuburan, ia juga untuk mengekalkan kecantikan kulit. Dulu saya ada jerawat di belakang badan dan tangan saya memang gatal nak korek-korek jerawat dan parut-parut jerawat yang ada. Tapi setelah amalkan produk Shaklee ni, saya baru perasan dah lama saya tak korek-korek jerawat macam dulu. Bila tengok-tengok bahagian belakang badan, boleh kata parut jerawat hilang dan jerawat pun susah nak tumbuh. Muka pun licin dan tak kering macam dulu. Alhamdulillah, 2 in 1. Baby dapat, cantik pun dapat. Produk Shaklee ni boleh kata bagus jugaklah, sebab anak saudara saya juga alami masalah jerawat belakang badan dan saya suruh dia amalkan Vita-C, Vita-E dan ESP. Alhamdulillah, masalah jerawat belakang badan dia juga berkurangan. Dan sekarang dia suggest kat abang dia pulak untuk amalkan.

P/S : Pentingnya berusaha dan istiqomah(konsisten) dalam satu-satu perkara insyaAllah akan membuahkan hasil. Dan lagi satu jangan terlalu memikirkan nak baby (3x). Just enjoy our life. Buat rutin harian seperti biasa dan kalau boleh lakukan aktiviti-aktiviti yang kedua-dua suami isteri suka lakukan seperti travel ke, hiking ke, holiday ke pulau-pulau ke, whatever... (kami dulu travel je kejenya)... sekali sekala teringat juga pasal nak anak itu normal, cuma jangan sampai menjadikan kita stress...

Jika nak baca tentang cerita TTC saya klik link ini :- Cerita TTC Saya

Sue

5 comments:

  1. Salam sis..sy da lama cari info pasal mak aji..bole sis emailkn kpada dy detail mak aji..harap sis dpt tolong..
    sherinakunaidi94@gmail.com

    Mohon jasa sis..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam..sis da dapt belom info tentang mak aji..kalau nak email sy zawany2602@gmail.com..

      Delete
  2. Maaf ye sis. Dulu saya jarang buka blog. Saya dah email contact number mak aji in case masih belum dapat dan masih memerlukan.

    Maaf buat tertunggu-tunggu... :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh emailkan juga pada saya detail tukang urut tu? syafiqahnurul09@gmail.com
      Terima kasih ye..

      Delete
    2. Boleh emailkan juga pada saya detail tukang urut tu? syafiqahnurul09@gmail.com
      Terima kasih ye..

      Delete