Jemput Ke Blog Baru Saya


Assalamu'alaikum & Selamat Pagi semua,

Jemput ke blog kesihatan saya:- https://systcare.wordpress.com/

Saya adalah pengedar bebas Shaklee. Siapa yang pernah baca kisah TTC saya tentu tahu bagaimana saya boleh bertemu Shaklee. Dibawah adalah entry-entry yang berkaitan.


>> 5 Tahun dan Trying To Conceive

>> Usaha Kami Sebelum Disahkan Mengandung

>>Almost 5 Months Alhamdulillah


Kini, saya nak share kebaikan produk Shaklee dengan semua orang. Produk Shaklee pada saya sangat bagus. Semua produk Shaklee berasaskan alam semulajadi, tiada bahan kimia, tiada perisa tambahan, tiada racun dan sebagainya yang tidak baik untuk kesihatan.

Saya suka memetik kata-kata Dr. Shaklee,
"Memandangkan manusia adalah sebahagian daripada isi alam, sudah tentulah kewujudan kita juga amat bergantung kepada produk berasaskan alam semulajadi"

Memang ini yang saya cari kalau saya nak mencuba supplement pun. Saya takut nak cuba sebarangan supplement yang berada di pasaran yang tiada jaminan seperti ini. Setelah membuat study tentang produk Shaklee serba sedikit, saya cuba Shaklee untuk cubaan untuk hamil. Alhamdulillah, Allah kurniakan kami suami isteri anak yang comel dan sihat. Dah 2 tahun 5 bulan pun sekarang.

Saya masih lagi mengamalkan produk Shaklee. Sudah 3 tahun lebih. Yang paling saya suka adalah pencuci mukanya. Setelah pertama kali cuba tahun 2013, sampai sekarang saya masih lagi menggunakan pencuci muka Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser. Memang harga agak sedikit mahal, tapi tahu tak dia boleh bertahan lebih dari 6 bulan. Saya pun baru je beli yang baru bulan Oktober 2016 yang lalu. Kali terakhir beli sebelum tu pada bulan Jan 2016. Lama kan? hihi... Itulah yang saya suka sangat tentang Shaklee. Tahan lama. Dan ofkos produknya tiada bahan-bahan yang pelik yang bila kita stop guna akan naik jerawat berkali ganda dan menyeramkan.

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser


Okey... Kita stop dulu... Jemput ke blog saya tu ye.

Terima kasih para pengunjung.

Sue

No comments:

Post a Comment