Luahan Perasaan...


Last 2 weeks anak saya kena cacar air ataupun bahasa yang orang faham Chicken Pox. Kalau kat kampung saya di Pahang orang panggil Cengkering. Mula kena 20hb Nov 2016. Jadi, lama la dia tidak ke taska. Biasa la budak-budak bila dah lama tak ke taska, first day nak pergi tu dia macam liat nak bangun. Dah sampai taska pun taknak masuk. Menangis-nangis panggil mama suruh ambil dia semula. Ermmm... berat rasa hati nak tinggal kan dia tapi nak buat macamana dah kita pun kerja.

Ini la nasib ibu-ibu yang bekerja kan. Niat kita nak bantu suami. Tapi terpaksa mengorban hati & perasaan anak yang nak bersama kita.

Mudah-mudahan Allah beri peluang pada kita untuk jaga anak sendiri di rumah satu hari nanti k...

Sue

No comments:

Post a Comment