Kenangan 2 tahun setengah yang lalu


Sejak anak dah besar ni, asyik teringat-ingat kenangan di saat mengandungkan dia, saat melahirkan dia dan saat dia baby. Rasa macam nak kembali pada saat tu. Betul la kata orang, saat-saat tu adalah saat-saat terindah yang akan buat kita terkenang-kenang. Apatah lagi anak pertama. Apatah lagi nak mendapatkan dia bukan mudah. Makan masa bertahun-tahun.



Dia yang pertama yang kami ternanti-nanti. 
Dia yang pertama memberikan rasa bahagia
Dia yang menghilangkan rasa duka
Dia juga yang mengajar kami erti kesabaran
Dialah yang namanya telah diberi sebelum dia dikandungkan
Dialah Muhammad Umar Al Khattab
Namanya yang telah dijanjikan papa di Masjidil Haram
Diambil sempena khalifah Islam yang kedua
Semoga membesar mu wahai anak menjadi manusia yang soleh
Yang membahagiakan orang tuanya
Yang menjaga agama seperti yang empunya nama
Yang berbudi kepada manusia
Semoga berjumpa kita di syurga
Amin...

Sue

No comments:

Post a Comment